Sunday, December 19, 2010

Sales Director di E-Store

1


Dalam sistem marketing plan di E-NET, secara accumulate anda berjaya mencapai 4500BV, anda secara otomatik dilantik sebagai BRONZE DIRECTOR.Begitulah seterusnya dengan kuasa 4500BV, anda akan terus memanjat kejawatan kepimpinan yang lebih tinggi iaitu SILVER DIRECTOR, GOLD DIRECTOR, PLATINIUM DIRECTOR dan TITANIUM DIRECTOR. Dikala itu, pelbagai bonus lagi yang tersedia menanti anda.Kesemua jawatan ini hanya berlaku di E-NET sahaja, setelah setiap MEMBER yang telah berjaya mengup-gradekan dirinya menjadi DISTRIBUTOR.

Bermula Januari 2011, Stormreaders menambah satu lagi sistem kepimpinan yang akan terlahir dari E-STORE. Ini satu lagi usaha yang dibuat oleh Stormreaders bagi mengiktiraf penjualan di E-Store yang selama ini telah berjaya melonjakkan nama Stormreaders di mata masyarakat.

Jika di E-NET, pangkat kepimpinan dipanggil DIRECTOR, sebaliknya di E-STORE ianya dikenali sebagai SALES DIRECTOR. Sesuai dengan fungsi e-Store sebagai tempat berlakunya jualan.Tahap kepimpinan di E-STORE bermula dengan BRONZE SALES DIRECTOR (BSD), SILVER SALES DIRECTOR (SSD), GOLD SALES DIRECTOR (GSD), PLATINIUM SALES DIRECTOR (PSD) dan TITANIUM SALES DIRECTOR (TSD).

Cara mencapai taraf kepimpinan tersebut seperti dijadual dibawah berikut;


Berdasarkan jadual diatas, anda layak menjadi BRONZE SALES DIRECTOR, apabila anda berjaya sponsor 20 orang ahli dan Group Sales mencapai RM20,000. Pada waktu itu, anda turut layak mendapat 20 syer dari 5% GOSV. Potensi pendapatan anda menghampiri RM3000.

Berdasarkan maklumat diatas juga, maintaince bagi seorang Sales Director adalah RM1000 sebulan. Dengan melakukan maintaince tersebut, potensi pendapatan mereka diatara rm3000 sehingga RM8,400 sebulan. Apa yang menarik dari skim diatas, sekiranya anda sudah pun menjawat kepimpinan sebagai Sales Director, kiranya anda MALAS untuk membuat jualan, anda boleh membuat JARIAH atau WAKAF buku maintaince anda itu. Ajaibnya, anda bersedekah RM1000, pasti pulangan anda diantara RM3000 hingga RM8,400. Perlakuan anda ini amat sesuai sekali dengan kata Saidina Ali,"Umpan rezeki ialah sedekah".

Hikmah lainnya, sekiranya anda berjaya menjadi BRONZE SALES DIRECTOR, ianya akan mendorong ahli-ahli dalam team anda untuk mengikut jejak anda. Untuk menjadi Bronze Sales Director sudah tentu ada 20 orang downline. Maka sudah tentu mereka akan mengup-gradekan diri mereka menjadi seorang DISTRIBUTOR. Seterusnya langkah mereka untuk membuat sponsoring seminima 20 orang sebagai syarat kelayakan BRONZE SALES DIRECTOR. Ianya sudah tentu akan menambahkan pendapatan anda di E-NET. Maknanya, melalui sistem kepimpinan di E-STORE, anda akan mendapat pendapatan dikedua-dua tempat iaitu overrinding di E-Store dan pendapatan networking di E-NEt.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu. Terus mencari seberapa ramai ahli dan ajar mereka membuat jualan. Apabila mereka sudah pandai membuat jualan, sudah pasti dia akan mengupgradekan dirinya untuk menjadi seorang Distributor. Wow! Lambakan wang sedang menuju kepada Anda. SELAMAT SUCCESS.




Wednesday, December 15, 2010

STORM Genap Setahun

0

Stormreaders Network Sdn Bhd sudah genap setahun pada December 2010. Sempena ulangtahun kelahirannya, satu MAJLIS MAKAN MALAM bersama IKON-IKON dan PENERBIT-PENERBIT akan diadakan di De Palma Hotel Ampang pada 4hb Febuary 2011 (Hari Jumaat malam Sabtu) pada jam 8.30 malam. (Cuti Raya China tu beb.... booking your seat NOW!)

Majlis akan dimeriahkan lagi dengan beberapa penganugerahan khas diatas pencapaian ahli-ahli Stormreaders. Termasuk juga siapa yang bernasib baik sebagai PEMENANG CABUTAN UMRAH BERTUAH. Menariknya lagi, pengisytiharan SALES DIRECTORS hasil pencapaian dari Jualan di E-Store. Ada BRONZE SALES DIRECTOR, ada juga SILVER SD, GOLD SD, PLATINIUM SD dan TITANIUM SD. Yang bestnya... pencapaian dikira bermula dari prestasi anda join ke Stormreaders. Mungkin anda salah seorang dari TITANIUM SALES DIRECTOR? Ohh..Sesungguhnya IANYA SATU KEJUTAN YANG BESAR PADA MALAM TERSEBUT.

Tiket kemasukan sebanyak RM100. Boleh dipotong melalui e-wallet. Boleh bawa kawan-kawan, sanak saudara dan juga prospek anda. JOM SEGERA DAFTAR ke majlis yang julung-julung kali diadakan. TEMPAT TERHAD!

KURSUS MOBILE STOCKIST akan diadakan pada 5hb Febuary 2011. Semua Mobile Stockist diwajibkan hadir. Sesiapa yang belum mendaftar sebagai Mobile Stockist sila layari http://www.stormreaders.com/ Pendaftaran mesti dibuat secara online.

Baca lain-lain perkembangan mengenai Stormreaders di http://www.stormreaders.com/ http://www.islamicmlm.net/ dan http://iqrak2u.blogspot.com/

JOM SAMPAIKAN DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT

Jadikan Misi Hidup Anda,"Aku wajib sebarkan ilmu untuk bekalan kekal!"

Saturday, December 4, 2010

Bonus MLM 100% Patuh Syariah

0

STORMREADERS NETWORK telah memperkenalkan sistem MLM yang berteraskan Syariah kepada masyarakat 1Malaysia. Melalui pelan pemasaran yang berteraskan Syariah ini, anda berpeluang menjana pendapatan semaksima RM4500 seminggu. Caranya cukup mudah sekali. Ianya bermula apabila anda berjaya melayakkan diri menjadi WAKIL PENGEDAR (DISTRIBUTOR) kepada STORMREADERS NETWORK.

Syarat kelayakkan asas untuk menjadi seorang DISTRIBUTOR adalah seperti berikut;
Pertama, menjadi ahli Stormreaders (Yuran keahlian tahunan RM90)
Kedua, anda mesti membeli belian secara peribadi sebanyak 100CP (RM300++) melalui E-NET anda (http://www.stormreaders.com.my). BUKANNYA pembelian melalui E-STORE anda.
(Nota: Sebarang pembelian melalui E-NET, anda tidak dapat komisyen 20% sepertimana anda membuat pembelian di E-Store. Ini kerana duit pembelian anda itu akan dimasukkan ke dalam Islamic Marketing Plan System)

Setelah pembelian melalui E-NET anda mencukupi 100CP (boleh membuat pembelian secara runcitan/sikit-sikit), maka anda sudah layak secara automatik menjadi seorang Wakil Pengedar (DISTRIBUTOR) kepada STORMREADERS NETWORK.

Setelah layak menjadi DISTRIBUTOR, anda boleh membina rangkaian anda sendiri dan seterusnya layak menjana pendapatan sehingga RM4,500 seminggu. Dalam kata lain, anda telah layak untuk membuat sponsoring bagi membina rangkaian bisnes anda. Anda bebas untuk sponsoring seberapa ramai yang anda suka. Semakin ramai yang anda sponsor, semakin banyak pendapatan anda.

PENDAPATAN DISTRIBUTOR: E-STORE
Setelah menjadi DISTRIBUTOR, anda bakal memperolehi dua bentuk pendapatan dari dua cabang bisnes Stormreaders iaitu E-STORE (Kedai Online Anda) dan E-NET (Islamic Marketing Plan System). E-Store - dari hasil jualan atau belian peribadi anda, anda layak mendapat dua bentuk bonus iaitu komisyen 20% (income harian) dan juga 5%GOSV Bulanan. Setelah anda upgrade diri anda sebagai DISTRIBUTOR, anda juga akan mendapat overriding sebanyak 10% dari setiap E-Store downline direct sponsor anda. (Nota: Anda layak mendapat overriding 10% itu setelah E-Store peribadi anda berjaya membuat jualan/belian sebanyak RM500 bagi bulanan tersebut. Sekiranya anda mempunyai 200 orang direct sponsor* dan setiap mereka membuat jualan RM500 sebulan secara consistant setiap bulan, maka pendapatan tetap anda adalah RM10,000 setiap bulan).*200 orang direct sponsor - adalah kelayakan untuk menjadi Titanium Sales Director.

PENDAPATAN DISTRIBUTOR: E-NET
Sebagai DISTRIBUTOR ada dua pendapatan utama anda didalam Islamic Marketing Plan System.
Pertama, upgrade ahli kepada distributor dengan pembelian 100CP dari setiap direct sponsor anda, anda akan mendapat 15% dari 100CP tersebut, iaitu bersamaan RM15.00
Kedua, dari network system anda, anda mesti membina 3 kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C. Dari setiap kumpulan sekiranya ada pendaftaran baru sebagai distributor, sama ada ianya disponsor oleh anda sendiri atau upline ataupun downline anda yang membentuk kumpulan 100cp:100cp:100cp anda juga 15% dari pembentukan pasangan ini, iaitu bersamaan RM45.00. Maksima pembentukan kumpulan sebanyak 10,000cp:10,000cp:10,000cp iaitu 4,500BV (RM4,500) dalam seminggu. Sekiranya dalam minggu tersebut anda sudah mencukupi 4,500BV baru berlaku flushing.

Sekiranya anda BERJAYA mencapai 4,500BV, maka anda telah layak menduduki kerusi BRONZE DIRECTOR. (Lanjutannya boleh anda baca didalam artikal BONUS KEPIMPINAN)




Maintance Bulanan
Maintaince hanya dibuat sekiranya anda sudah memiliki downline:

E-Store: Belian/Jualan sebanyak RM500 dalam tempoh sebulan.
E-Net: Belian sebanyak 20CP (RM60) disetiap awal bulan


BONUS MARKETING PLAN

marketplan

Dorsett Johor Hotel @ 10.13am

E-store: Peluang Jana Pendapatan Tanpa Had

0


Dengan bermodal RM90, anda sudah layak untuk menjadi AHLI* STORMREADERS NETWORK. Dengan bayaran yuran tahunan keahlian ini, anda juga akan layak dilindungi dengan Insuran Takaful (RM30,000) dan Khairat Kematian (RM3,000). Ianya juga sebagai hadiah daripada Syarikat kepada ahli.

Sebagai ahli, anda akan memiliki sebuah website (e-Store) iaitu kedai buku di alam maya (http://www.stormreaders.net/namakedaianda ). Dengan memiliki e-Store ini, anda berpeluang menjana pendapatan tanpa had - semaksima ribuan RM per bulan. Maknanya, anda telah memiliki sebuah kedai buku online tanpa membeli stok. Ratusan judul buku dan majalah, dari pelbagai genre dan penerbit, yang bernilai lebih RM200,000 telah terisi di kedai anda itu yg tentunya anda pasti berbangga. Ianya menjadi milik anda.

Tugas anda, hanya sebarkan web link kedai maya anda itu. Itu saja. Penyebarannya boleh dibuat melalui teknik pemasaran secara online atau secara konvensional. Jika ada pembelian, anda terus mendapat komisyen dari jualan tersebut. Sementara produk client anda pula, syarikat STORMREADERS yang bertanggungjawab menghantarnya. Ertinya, anda tidak perlu memikirkan cara menghantar produk tersebut kepada mereka.

JENIS INCOME DARI E-STORE:

1. Pendapatan Harian:

a. Komisyen 20% pada setiap jualan.

2. Pendapatan Bulanan:

a. Perkongsian 5% dari GOSV (Global Online Sales Value)

b. Komisyen Overriding 10% daripada jualan E-STORE – Kedai Online Downline yang disponsor secara langsung oleh anda. (Makin ramai rakan direct sponsor anda dan semakin banyak jualan e-store mereka, maka makin besar pendapatan anda.)

*Anda tidak layak untuk sponsoring ahli baru dan tidak layak untuk menikmati 7 bonus lain yang ada dalam Pelan Pemasaran.

Dorsett Johor Hotel @7.02 am

Friday, December 3, 2010

Cari Rahsia Ini

0


Rahsia e-Store
  • Modal Keahlian serendah RM90.00
  • Jadi ahli terus boleh berniaga melalui E-Store > Kedai Buku Online. Potensi pendapatan >> unlimited income. Laku jualan anda dah masuk komisyen sebanyak 20%. Income harian.
  • Produk laku, tak payah pening-pening lalat nak hantar barang client. Hanya buat pemasaran, duit masuk kantung, syarikat yang tolong hantarkan produk tu. Oh! Bestnya!
  • Cukup bulan, ada income lagi dari 5% GOSV. Lihat income tokoh-tokoh kat gambar tu. Tu income jualan kat e-store depa laa. Wow untung lebih 50%. Gie mana caranya depa dapat camtu? Tunggggguuuu rahsianya akan terbongkar.
Kalau income kat e-store dah camtu, apalagi kalau income kat e-net (islamic marketing plan. Marketing Plan Patuh Syariah adakat situ). Katanya tu duit free. Di mana rahsianya ....

Dorsett Johor Hotel, Johor Bahru sempena Storm@JB @12.23 pm

Jom Dokong Stormreaders

0


Mengapa anda perlu rasa bertanggungjawab dan wajib bersama Stormreaders;
  • MLM Syariah Compliant. Masakini, terlalu banyak syarikat MLM yang menawarkan pelbagai produk. Semuanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi. Kebanyakan ramai pendukong MLM menjadikan bisnes MLM sebagai "secondary income". Sebagai seorang Islam, kita perlukan mencari satu rezeki yang amat bermakna untuk hidup kita (selepas primary income). Maka peluang anda menjadikanlah produk Stormreaders sebagai sumber keberkatan rezeki didalam hidup anda.

  • Ist MLM BUKU di Dunia. Sekiranya anda membuat carian di internet samada Google atau Yahoo untuk mencari syarikat manakah yang menjadi produk utamanya adalah buku di dalam industri MLM, tentulah STORMREADERS NETWORK SDN BHD adalah jawapannya. Anda patut berbangga sebuah syarikat 1Malaysia "berani" menjadikan buku sebagai bahan produk utamanya.

  • JOM jadi yang terAWAL! Stormreaders baru setahun usianya selepas melancarkan produk Islamic Marketing Plan 100% Syariah Compliance. Dalam keadaan masih BABY inilah peluang untuk anda mendapat banyak "opportunity".
  • Stormreaders sebagai rujukan peringatan diri. Kita hidup sebagai khalifah dan hamba ALLAH di muka bumi ini. Antara misi yang perlu dilaksanakan adalah menyebarkan dakwah dan menegakkan amar makruf nahi mungkar. Kebangkitan mana-mana tamadun juga berkaitan dengan ilmu dan akhlak.
  • Bekalan Hidup Dunia dan Akhirat. Rasulullah bersabda,"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak yang soleh". Huraian: Pertama, Doa anak yang soleh. Ianya terhad mengikut bilangan anak yang anda miliki. Semakin ramai bilangan anak, semakin ramai yang akan berdoa untuk kita. Begitu sebaliknya juga sedikit anaknya. Tetapi adakah cucu-cicit daripada anak-anak tersebut turut juga mendoakan untuk kita? Tepuk dada tanya selera. Tanya pengalaman diri kita sendiri. Sekiranya kita tidak pernah mendoakan khusus untuk atuk-atuk kita, sudah pasti cucu cicit kita juga tidak akan mendoakan untuk anda. Kedua, Sedekah jariah. Ia juga amalan yang amat terhad yang kita lakukan. Bagi seorang lelaki biasanya RM4 sebulan atau RM52 setahun. Agaknya dimana sumbangan sedekah itu dilakukan? Ya, sewaktu hari solat jumaat. Itu pun sekiranya terlepas tabung, sudah tentu tidak ada gantian bila bertemu jumaat yang akan datang. Ketiga, Doa Anak yang soleh Ilmu yang bermanafaat. Ianya amat berbeza sekali. Menurut Syeikh Anwar Awlaki, seorang ulamak Pelastine mengatakan, sekiranya anda menyampaikan sesuatu ilmu kepada seseorang (katakan si A), anda akan diberi pahala 100% daripada Allah Taala. Si A, pula menyebarkan ilmu tersebut kepada si B, si A akan dapat 100% pahala dan anda juga akan mendapat 100% pahala. Si B pula menyampaikan ilmu tersebut kepada si C, maka si B, si A dan anda juga, masing-masing akan mendapat 100% pahala. Begitulah sekiranya ilmu tersebut disampaikan kepada level-level yang seterusnya. Masing-masing akan mendapat kurniaan 100% pahala. Begitulah hebatnya MLM ALLAH Taala. Tidak ada flushing dan unfinity level. Yang lebih hebatnya, semakin ikhlas seseorang itu semakin banyak persen yang akan diterimanya. Itu yang kita dapat lihat didalam sejarah. Antaranya kehebatan imam-imam mazhab dan juga Imam Al Ghazali, ilmunya terus menjadi bahan rujukan sehingga kita. Kesimpulan, jom jadikan Stormreaders sebagai wadah untuk menyebarkan ilmu sebagai bekalan kekal dunia dan Akhirat.
  • Buat 1 dapat 2 "Two in One". Peluang menjana pendapatan dan 'saving' pahala. Itulah sebabnya anda membaca artikal ini. Lanjut >> klik disini >

Dorset Johor Hotel, JB @10.07 am

sempena Storm@JB

Salam Pembuka Pintu

0

Stormreaders Network Sdn Bhd. ditubuhkan pada 28hb Mei 2008 adalah sebuah syarikat Affiliate-MLM yang berkonsepkan Syariah Compliant (100%Patuh Syariah). Bulan ini Disember 2010 adalah genap setahun Stormreaders melancarkan program Affiliate-MLM 100% Syariah Compliant. Menariknya, ia adalah 1st MLM Buku di Dunia. Wow!! Anda patut berbangga dengan sebuah produk 1Malaysia yang berjaya menjadi 1st MLM Buku di Dunia. Lebih istimewanya, kelahirannya terus Islam, tak perlu convert...he.. he.. Fakta ringkas mengenai Stormreaders adalah seperti berikut;


Stormreaders adalah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd., sebuah syarikat yang berpengalaman lebih daripada 14 tahun dibidang industri penerbitan dan pengedaran produk-produk secara Islamic khususnya buku, kaset dan majalah. Antara ikon-ikon penulis tersohor di tanah air termasuklah Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi.


Dua tokoh "ulamak" tersohor tanahair yang menganggotai Panel Penasihat Syariah Stormreaders adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Zahazan Mohamed.


Pengasas utama Stormreaders sebagai Islamic MLM "100% Patuh Syariah" adalah Haji Waharp Yusof (Pemilik Telaga Biru) dan Sdr Syah Rizal Mohamed (bekas anggota penasyid Brothers)



Dorset Johor Hotel, JB @ 7.50 am