Wednesday, February 9, 2011

MALAM ANUGERAH DAN MAKAN MALAM STORMREADERS 2010

0



BERTEMAKAN "THE POWER TO INSPIRE HOPE"

MAJLIS ANUGERAH STORMREADERS 2010 telah selamat diadakan pada 4hb Febuari 2011 yang lalu di De Palma Hotel Ampang. Alhamdulillah ramai yang memuji dengan isi program tersebut. Syukur! Kita bukan inginkan kepujian tetapi kita harap ianya akan menambah kreativiti, dayamaju dan dayasaing dikalangan kita sebagai ahli Stormreaders. Disamping itu, kita amat berharap majlis ini sebagai kayu pengukur untuk KEMERIAHAN majlis di tahun hadapan.

Lebih 240 orang hadir pada malam tersebut dengan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu YB Shaari Sungib, ADUN Hulu Kelang. Lain-lain tetamu utama termasuklah Haji Waharp Yusoff, pemilik Telaga Biru dan Stormreaders Network, Ustaz Zahazan Mohamed, Penasihat Syariah Stormreaders, Dato Mustaffa Kamal Maulut, Pengerusi UKHUWAH, Prof Dr Abd Rahman Abdullah, MD MMSC, dan Dato Jaafar Kamim, Bekas Pengarah RTM. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai penerbit utama seperti Telaga Biru, PTS, Galeri Ilmu, Blue T Publication, Kemilau Publika, MMSC, Kiddie World, HRSB, Munif Hijjaz dan juga penulis individu. En Nazali Noor dari Liverpool yang juga Mobile Stockist United Kingdom turut berada dimajlis tersebut.

Diantara penulis dan selibriti tersohor yang hadir adalah Dr Irfan Khairi, Ang Wang Seng, Ustaz Wan Akasyah, Dr Farhan Hadi, Siti Fatimah Syarba dan Rahman Baco.

Di majlis tersebut Sdr Syah Rizal Mohamed, GM Stormreaders telah melancarkan vision terbaru Stormreaders bertemakan "The Power to Inspire Hope" Klip video tersebut anda boleh dapati di Facebook [ stormreaders.tv]. Manakala Prof Dr Abd Rahman Abdullah, MD MMSC, pula melancarkan program MySTORMKIDS. Stormkids adalah sebuah khusus untuk kanak-kanak bermula pra-tadika sehingga tahun 3.

Kemuncak majlis diadakan penganugerahan pengiktirafan ke atas pencapaian ahli sepanjang aktiviti Stormreaders 2010. Cikgu Md Hadzrin Suleiman (Pasir Gudang) dan Ustaz Azhar Bahazan (Taiping) telah diisytiharkan sebagai BRONZE SALES DIRECTOR 2010. Manakala BRONZE DIRECTOR 2010 disandang oleh Sdr Hafiz Toha (Kuala Langat) dan Sdr Noor Azran Noor Azmi (Kuala Lumpur).

Ada tiga pemenang bagi JUALAN TAHUNAN ONLINE E-STORE 2010 dengan pemenangnya berjaya membawa pulang sijil penghargaan dan wang Tunai. Pemenang pertama, Muhammad Firdaus Mansor (RM10,000) dari Pulau Pinang. Kedua, Ustaz Azhar Bahazan (RM5,000) dari Perak dan ketiga, Puan Zairinah Amat (RM3000) dari Johor.

Bagi pemenang PENAJAAN AHLI TERBANYAK 2010 turut menyediakan sijil penghargaan dan hadiah wang tunai kepada pemenangnya. Sdr Helmi Abdul Mutalib (MY280037) berjaya ditempat pertama (RM5,000). Kedua, Sdr Noor Azran Noor Azmi (MY424066) RM3000 dan tempat ketiga, Cik Midhamuna Abd Mutalib (MY614226) RM1000.

Penghargaan juga diberikan kepada Sdr Mustaffa Kamal Hussein sebagai Mobile Stockist Terpilih ( bulan November dan Disember 2010). Lain-lain penghargaan adalah untuk Jualan Online eStore Bulanan. Mereka adalah Maimumah Yaacob (Kuala Kubu) bulan Mei 2010, Muhammad Firdaus Mansor (Penang) bulan Jun, Julai dan Ogos 2010, Azhar Bahazan (Taiping) bulan September, Sayed Karin Sayed Harun (Manjung) bulan Oktober, Md Hadzrin Suleiman (Pasir Gudang) bulan November dan Haji Ismail Husin (Gemencheh) bulan Disember 2010 .

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT oleh Dato Ismail Kamus diiktiraf sebagai buku Jualan Online Terlaris dengan 26,461 naskhah terjual disepanjang2010. Kemuncak majlis adalah HADIAH UMRAH BERTUAH 2011 yang dicabut oleh YB Shaari Sungib, yang calon umrahnya dimenangi oleh Ustaz Azhar Bahazan.

Wow! Pada malam tersebut adalah malam yang amat bertuah kepada Ustaz Azhar Bahazan. Maka sesungguhnya beliau layak digelar "The King of the Winners".

Anda pasti rasa satu kelainan yang amat berbeza ketika berada di majlis tersebut. Insyaallah, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut untuk kali kedua di tahun 2012 nanti.

Sunday, January 16, 2011

DAIRI STORMREADERS

0


1.PROGRAM STORMREADERS JELAJAH UTARA. Bermula 20hb Jan di Seri Iskandar Perak, 21hb Jan di Taiping, 22hb Jan di Seberang Prai dan 23hb di Alor Star. Semua ahli-ahli dijemput hadir. Program ekslusif untuk AHLI sahaja.

2. BENGKEL BINA BLOG DAN PEMASARAN FACEBOOK & TWITTER akan diadakan di HQ STORMREADERS pada 29hb January 2011. Yuran bengkel sebanyak RM60 sahaja. Hanya 30 peserta sahaja. Belian yuran boleh dibeli di E-Net anda.

3. MAJLIS ANUGERAH DAN MAKAN MALAM STORMREADERS BERSAMA IKON-IKON & PENERBIT. Tarikh: 4hb Febuary 2011. Jam: 8.00 malam. Tempat: De Palma Hotel, Ampang.

4. KURSUS MOBILE STOKIST ke 2, Tarikh: 5hb Febuary 2011. Masa: 10.00 am - 5.30 pm. Tempat: HQ STORMREADERS. Terhad untuk 50 orang sahaja. Sila buat pengesahan kehadiran ke talian 012-527 8684

Sunday, December 19, 2010

Sales Director di E-Store

1


Dalam sistem marketing plan di E-NET, secara accumulate anda berjaya mencapai 4500BV, anda secara otomatik dilantik sebagai BRONZE DIRECTOR.Begitulah seterusnya dengan kuasa 4500BV, anda akan terus memanjat kejawatan kepimpinan yang lebih tinggi iaitu SILVER DIRECTOR, GOLD DIRECTOR, PLATINIUM DIRECTOR dan TITANIUM DIRECTOR. Dikala itu, pelbagai bonus lagi yang tersedia menanti anda.Kesemua jawatan ini hanya berlaku di E-NET sahaja, setelah setiap MEMBER yang telah berjaya mengup-gradekan dirinya menjadi DISTRIBUTOR.

Bermula Januari 2011, Stormreaders menambah satu lagi sistem kepimpinan yang akan terlahir dari E-STORE. Ini satu lagi usaha yang dibuat oleh Stormreaders bagi mengiktiraf penjualan di E-Store yang selama ini telah berjaya melonjakkan nama Stormreaders di mata masyarakat.

Jika di E-NET, pangkat kepimpinan dipanggil DIRECTOR, sebaliknya di E-STORE ianya dikenali sebagai SALES DIRECTOR. Sesuai dengan fungsi e-Store sebagai tempat berlakunya jualan.Tahap kepimpinan di E-STORE bermula dengan BRONZE SALES DIRECTOR (BSD), SILVER SALES DIRECTOR (SSD), GOLD SALES DIRECTOR (GSD), PLATINIUM SALES DIRECTOR (PSD) dan TITANIUM SALES DIRECTOR (TSD).

Cara mencapai taraf kepimpinan tersebut seperti dijadual dibawah berikut;


Berdasarkan jadual diatas, anda layak menjadi BRONZE SALES DIRECTOR, apabila anda berjaya sponsor 20 orang ahli dan Group Sales mencapai RM20,000. Pada waktu itu, anda turut layak mendapat 20 syer dari 5% GOSV. Potensi pendapatan anda menghampiri RM3000.

Berdasarkan maklumat diatas juga, maintaince bagi seorang Sales Director adalah RM1000 sebulan. Dengan melakukan maintaince tersebut, potensi pendapatan mereka diatara rm3000 sehingga RM8,400 sebulan. Apa yang menarik dari skim diatas, sekiranya anda sudah pun menjawat kepimpinan sebagai Sales Director, kiranya anda MALAS untuk membuat jualan, anda boleh membuat JARIAH atau WAKAF buku maintaince anda itu. Ajaibnya, anda bersedekah RM1000, pasti pulangan anda diantara RM3000 hingga RM8,400. Perlakuan anda ini amat sesuai sekali dengan kata Saidina Ali,"Umpan rezeki ialah sedekah".

Hikmah lainnya, sekiranya anda berjaya menjadi BRONZE SALES DIRECTOR, ianya akan mendorong ahli-ahli dalam team anda untuk mengikut jejak anda. Untuk menjadi Bronze Sales Director sudah tentu ada 20 orang downline. Maka sudah tentu mereka akan mengup-gradekan diri mereka menjadi seorang DISTRIBUTOR. Seterusnya langkah mereka untuk membuat sponsoring seminima 20 orang sebagai syarat kelayakan BRONZE SALES DIRECTOR. Ianya sudah tentu akan menambahkan pendapatan anda di E-NET. Maknanya, melalui sistem kepimpinan di E-STORE, anda akan mendapat pendapatan dikedua-dua tempat iaitu overrinding di E-Store dan pendapatan networking di E-NEt.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu. Terus mencari seberapa ramai ahli dan ajar mereka membuat jualan. Apabila mereka sudah pandai membuat jualan, sudah pasti dia akan mengupgradekan dirinya untuk menjadi seorang Distributor. Wow! Lambakan wang sedang menuju kepada Anda. SELAMAT SUCCESS.




Wednesday, December 15, 2010

STORM Genap Setahun

0

Stormreaders Network Sdn Bhd sudah genap setahun pada December 2010. Sempena ulangtahun kelahirannya, satu MAJLIS MAKAN MALAM bersama IKON-IKON dan PENERBIT-PENERBIT akan diadakan di De Palma Hotel Ampang pada 4hb Febuary 2011 (Hari Jumaat malam Sabtu) pada jam 8.30 malam. (Cuti Raya China tu beb.... booking your seat NOW!)

Majlis akan dimeriahkan lagi dengan beberapa penganugerahan khas diatas pencapaian ahli-ahli Stormreaders. Termasuk juga siapa yang bernasib baik sebagai PEMENANG CABUTAN UMRAH BERTUAH. Menariknya lagi, pengisytiharan SALES DIRECTORS hasil pencapaian dari Jualan di E-Store. Ada BRONZE SALES DIRECTOR, ada juga SILVER SD, GOLD SD, PLATINIUM SD dan TITANIUM SD. Yang bestnya... pencapaian dikira bermula dari prestasi anda join ke Stormreaders. Mungkin anda salah seorang dari TITANIUM SALES DIRECTOR? Ohh..Sesungguhnya IANYA SATU KEJUTAN YANG BESAR PADA MALAM TERSEBUT.

Tiket kemasukan sebanyak RM100. Boleh dipotong melalui e-wallet. Boleh bawa kawan-kawan, sanak saudara dan juga prospek anda. JOM SEGERA DAFTAR ke majlis yang julung-julung kali diadakan. TEMPAT TERHAD!

KURSUS MOBILE STOCKIST akan diadakan pada 5hb Febuary 2011. Semua Mobile Stockist diwajibkan hadir. Sesiapa yang belum mendaftar sebagai Mobile Stockist sila layari http://www.stormreaders.com/ Pendaftaran mesti dibuat secara online.

Baca lain-lain perkembangan mengenai Stormreaders di http://www.stormreaders.com/ http://www.islamicmlm.net/ dan http://iqrak2u.blogspot.com/

JOM SAMPAIKAN DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT

Jadikan Misi Hidup Anda,"Aku wajib sebarkan ilmu untuk bekalan kekal!"

Saturday, December 4, 2010

Bonus MLM 100% Patuh Syariah

0

STORMREADERS NETWORK telah memperkenalkan sistem MLM yang berteraskan Syariah kepada masyarakat 1Malaysia. Melalui pelan pemasaran yang berteraskan Syariah ini, anda berpeluang menjana pendapatan semaksima RM4500 seminggu. Caranya cukup mudah sekali. Ianya bermula apabila anda berjaya melayakkan diri menjadi WAKIL PENGEDAR (DISTRIBUTOR) kepada STORMREADERS NETWORK.

Syarat kelayakkan asas untuk menjadi seorang DISTRIBUTOR adalah seperti berikut;
Pertama, menjadi ahli Stormreaders (Yuran keahlian tahunan RM90)
Kedua, anda mesti membeli belian secara peribadi sebanyak 100CP (RM300++) melalui E-NET anda (http://www.stormreaders.com.my). BUKANNYA pembelian melalui E-STORE anda.
(Nota: Sebarang pembelian melalui E-NET, anda tidak dapat komisyen 20% sepertimana anda membuat pembelian di E-Store. Ini kerana duit pembelian anda itu akan dimasukkan ke dalam Islamic Marketing Plan System)

Setelah pembelian melalui E-NET anda mencukupi 100CP (boleh membuat pembelian secara runcitan/sikit-sikit), maka anda sudah layak secara automatik menjadi seorang Wakil Pengedar (DISTRIBUTOR) kepada STORMREADERS NETWORK.

Setelah layak menjadi DISTRIBUTOR, anda boleh membina rangkaian anda sendiri dan seterusnya layak menjana pendapatan sehingga RM4,500 seminggu. Dalam kata lain, anda telah layak untuk membuat sponsoring bagi membina rangkaian bisnes anda. Anda bebas untuk sponsoring seberapa ramai yang anda suka. Semakin ramai yang anda sponsor, semakin banyak pendapatan anda.

PENDAPATAN DISTRIBUTOR: E-STORE
Setelah menjadi DISTRIBUTOR, anda bakal memperolehi dua bentuk pendapatan dari dua cabang bisnes Stormreaders iaitu E-STORE (Kedai Online Anda) dan E-NET (Islamic Marketing Plan System). E-Store - dari hasil jualan atau belian peribadi anda, anda layak mendapat dua bentuk bonus iaitu komisyen 20% (income harian) dan juga 5%GOSV Bulanan. Setelah anda upgrade diri anda sebagai DISTRIBUTOR, anda juga akan mendapat overriding sebanyak 10% dari setiap E-Store downline direct sponsor anda. (Nota: Anda layak mendapat overriding 10% itu setelah E-Store peribadi anda berjaya membuat jualan/belian sebanyak RM500 bagi bulanan tersebut. Sekiranya anda mempunyai 200 orang direct sponsor* dan setiap mereka membuat jualan RM500 sebulan secara consistant setiap bulan, maka pendapatan tetap anda adalah RM10,000 setiap bulan).*200 orang direct sponsor - adalah kelayakan untuk menjadi Titanium Sales Director.

PENDAPATAN DISTRIBUTOR: E-NET
Sebagai DISTRIBUTOR ada dua pendapatan utama anda didalam Islamic Marketing Plan System.
Pertama, upgrade ahli kepada distributor dengan pembelian 100CP dari setiap direct sponsor anda, anda akan mendapat 15% dari 100CP tersebut, iaitu bersamaan RM15.00
Kedua, dari network system anda, anda mesti membina 3 kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C. Dari setiap kumpulan sekiranya ada pendaftaran baru sebagai distributor, sama ada ianya disponsor oleh anda sendiri atau upline ataupun downline anda yang membentuk kumpulan 100cp:100cp:100cp anda juga 15% dari pembentukan pasangan ini, iaitu bersamaan RM45.00. Maksima pembentukan kumpulan sebanyak 10,000cp:10,000cp:10,000cp iaitu 4,500BV (RM4,500) dalam seminggu. Sekiranya dalam minggu tersebut anda sudah mencukupi 4,500BV baru berlaku flushing.

Sekiranya anda BERJAYA mencapai 4,500BV, maka anda telah layak menduduki kerusi BRONZE DIRECTOR. (Lanjutannya boleh anda baca didalam artikal BONUS KEPIMPINAN)




Maintance Bulanan
Maintaince hanya dibuat sekiranya anda sudah memiliki downline:

E-Store: Belian/Jualan sebanyak RM500 dalam tempoh sebulan.
E-Net: Belian sebanyak 20CP (RM60) disetiap awal bulan


BONUS MARKETING PLAN

marketplan

Dorsett Johor Hotel @ 10.13am

E-store: Peluang Jana Pendapatan Tanpa Had

0


Dengan bermodal RM90, anda sudah layak untuk menjadi AHLI* STORMREADERS NETWORK. Dengan bayaran yuran tahunan keahlian ini, anda juga akan layak dilindungi dengan Insuran Takaful (RM30,000) dan Khairat Kematian (RM3,000). Ianya juga sebagai hadiah daripada Syarikat kepada ahli.

Sebagai ahli, anda akan memiliki sebuah website (e-Store) iaitu kedai buku di alam maya (http://www.stormreaders.net/namakedaianda ). Dengan memiliki e-Store ini, anda berpeluang menjana pendapatan tanpa had - semaksima ribuan RM per bulan. Maknanya, anda telah memiliki sebuah kedai buku online tanpa membeli stok. Ratusan judul buku dan majalah, dari pelbagai genre dan penerbit, yang bernilai lebih RM200,000 telah terisi di kedai anda itu yg tentunya anda pasti berbangga. Ianya menjadi milik anda.

Tugas anda, hanya sebarkan web link kedai maya anda itu. Itu saja. Penyebarannya boleh dibuat melalui teknik pemasaran secara online atau secara konvensional. Jika ada pembelian, anda terus mendapat komisyen dari jualan tersebut. Sementara produk client anda pula, syarikat STORMREADERS yang bertanggungjawab menghantarnya. Ertinya, anda tidak perlu memikirkan cara menghantar produk tersebut kepada mereka.

JENIS INCOME DARI E-STORE:

1. Pendapatan Harian:

a. Komisyen 20% pada setiap jualan.

2. Pendapatan Bulanan:

a. Perkongsian 5% dari GOSV (Global Online Sales Value)

b. Komisyen Overriding 10% daripada jualan E-STORE – Kedai Online Downline yang disponsor secara langsung oleh anda. (Makin ramai rakan direct sponsor anda dan semakin banyak jualan e-store mereka, maka makin besar pendapatan anda.)

*Anda tidak layak untuk sponsoring ahli baru dan tidak layak untuk menikmati 7 bonus lain yang ada dalam Pelan Pemasaran.

Dorsett Johor Hotel @7.02 am

Friday, December 3, 2010

Cari Rahsia Ini

0


Rahsia e-Store
  • Modal Keahlian serendah RM90.00
  • Jadi ahli terus boleh berniaga melalui E-Store > Kedai Buku Online. Potensi pendapatan >> unlimited income. Laku jualan anda dah masuk komisyen sebanyak 20%. Income harian.
  • Produk laku, tak payah pening-pening lalat nak hantar barang client. Hanya buat pemasaran, duit masuk kantung, syarikat yang tolong hantarkan produk tu. Oh! Bestnya!
  • Cukup bulan, ada income lagi dari 5% GOSV. Lihat income tokoh-tokoh kat gambar tu. Tu income jualan kat e-store depa laa. Wow untung lebih 50%. Gie mana caranya depa dapat camtu? Tunggggguuuu rahsianya akan terbongkar.
Kalau income kat e-store dah camtu, apalagi kalau income kat e-net (islamic marketing plan. Marketing Plan Patuh Syariah adakat situ). Katanya tu duit free. Di mana rahsianya ....

Dorsett Johor Hotel, Johor Bahru sempena Storm@JB @12.23 pm