Wednesday, February 9, 2011

MALAM ANUGERAH DAN MAKAN MALAM STORMREADERS 2010

0



BERTEMAKAN "THE POWER TO INSPIRE HOPE"

MAJLIS ANUGERAH STORMREADERS 2010 telah selamat diadakan pada 4hb Febuari 2011 yang lalu di De Palma Hotel Ampang. Alhamdulillah ramai yang memuji dengan isi program tersebut. Syukur! Kita bukan inginkan kepujian tetapi kita harap ianya akan menambah kreativiti, dayamaju dan dayasaing dikalangan kita sebagai ahli Stormreaders. Disamping itu, kita amat berharap majlis ini sebagai kayu pengukur untuk KEMERIAHAN majlis di tahun hadapan.

Lebih 240 orang hadir pada malam tersebut dengan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu YB Shaari Sungib, ADUN Hulu Kelang. Lain-lain tetamu utama termasuklah Haji Waharp Yusoff, pemilik Telaga Biru dan Stormreaders Network, Ustaz Zahazan Mohamed, Penasihat Syariah Stormreaders, Dato Mustaffa Kamal Maulut, Pengerusi UKHUWAH, Prof Dr Abd Rahman Abdullah, MD MMSC, dan Dato Jaafar Kamim, Bekas Pengarah RTM. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai penerbit utama seperti Telaga Biru, PTS, Galeri Ilmu, Blue T Publication, Kemilau Publika, MMSC, Kiddie World, HRSB, Munif Hijjaz dan juga penulis individu. En Nazali Noor dari Liverpool yang juga Mobile Stockist United Kingdom turut berada dimajlis tersebut.

Diantara penulis dan selibriti tersohor yang hadir adalah Dr Irfan Khairi, Ang Wang Seng, Ustaz Wan Akasyah, Dr Farhan Hadi, Siti Fatimah Syarba dan Rahman Baco.

Di majlis tersebut Sdr Syah Rizal Mohamed, GM Stormreaders telah melancarkan vision terbaru Stormreaders bertemakan "The Power to Inspire Hope" Klip video tersebut anda boleh dapati di Facebook [ stormreaders.tv]. Manakala Prof Dr Abd Rahman Abdullah, MD MMSC, pula melancarkan program MySTORMKIDS. Stormkids adalah sebuah khusus untuk kanak-kanak bermula pra-tadika sehingga tahun 3.

Kemuncak majlis diadakan penganugerahan pengiktirafan ke atas pencapaian ahli sepanjang aktiviti Stormreaders 2010. Cikgu Md Hadzrin Suleiman (Pasir Gudang) dan Ustaz Azhar Bahazan (Taiping) telah diisytiharkan sebagai BRONZE SALES DIRECTOR 2010. Manakala BRONZE DIRECTOR 2010 disandang oleh Sdr Hafiz Toha (Kuala Langat) dan Sdr Noor Azran Noor Azmi (Kuala Lumpur).

Ada tiga pemenang bagi JUALAN TAHUNAN ONLINE E-STORE 2010 dengan pemenangnya berjaya membawa pulang sijil penghargaan dan wang Tunai. Pemenang pertama, Muhammad Firdaus Mansor (RM10,000) dari Pulau Pinang. Kedua, Ustaz Azhar Bahazan (RM5,000) dari Perak dan ketiga, Puan Zairinah Amat (RM3000) dari Johor.

Bagi pemenang PENAJAAN AHLI TERBANYAK 2010 turut menyediakan sijil penghargaan dan hadiah wang tunai kepada pemenangnya. Sdr Helmi Abdul Mutalib (MY280037) berjaya ditempat pertama (RM5,000). Kedua, Sdr Noor Azran Noor Azmi (MY424066) RM3000 dan tempat ketiga, Cik Midhamuna Abd Mutalib (MY614226) RM1000.

Penghargaan juga diberikan kepada Sdr Mustaffa Kamal Hussein sebagai Mobile Stockist Terpilih ( bulan November dan Disember 2010). Lain-lain penghargaan adalah untuk Jualan Online eStore Bulanan. Mereka adalah Maimumah Yaacob (Kuala Kubu) bulan Mei 2010, Muhammad Firdaus Mansor (Penang) bulan Jun, Julai dan Ogos 2010, Azhar Bahazan (Taiping) bulan September, Sayed Karin Sayed Harun (Manjung) bulan Oktober, Md Hadzrin Suleiman (Pasir Gudang) bulan November dan Haji Ismail Husin (Gemencheh) bulan Disember 2010 .

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT oleh Dato Ismail Kamus diiktiraf sebagai buku Jualan Online Terlaris dengan 26,461 naskhah terjual disepanjang2010. Kemuncak majlis adalah HADIAH UMRAH BERTUAH 2011 yang dicabut oleh YB Shaari Sungib, yang calon umrahnya dimenangi oleh Ustaz Azhar Bahazan.

Wow! Pada malam tersebut adalah malam yang amat bertuah kepada Ustaz Azhar Bahazan. Maka sesungguhnya beliau layak digelar "The King of the Winners".

Anda pasti rasa satu kelainan yang amat berbeza ketika berada di majlis tersebut. Insyaallah, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut untuk kali kedua di tahun 2012 nanti.

Sunday, January 16, 2011

DAIRI STORMREADERS

0


1.PROGRAM STORMREADERS JELAJAH UTARA. Bermula 20hb Jan di Seri Iskandar Perak, 21hb Jan di Taiping, 22hb Jan di Seberang Prai dan 23hb di Alor Star. Semua ahli-ahli dijemput hadir. Program ekslusif untuk AHLI sahaja.

2. BENGKEL BINA BLOG DAN PEMASARAN FACEBOOK & TWITTER akan diadakan di HQ STORMREADERS pada 29hb January 2011. Yuran bengkel sebanyak RM60 sahaja. Hanya 30 peserta sahaja. Belian yuran boleh dibeli di E-Net anda.

3. MAJLIS ANUGERAH DAN MAKAN MALAM STORMREADERS BERSAMA IKON-IKON & PENERBIT. Tarikh: 4hb Febuary 2011. Jam: 8.00 malam. Tempat: De Palma Hotel, Ampang.

4. KURSUS MOBILE STOKIST ke 2, Tarikh: 5hb Febuary 2011. Masa: 10.00 am - 5.30 pm. Tempat: HQ STORMREADERS. Terhad untuk 50 orang sahaja. Sila buat pengesahan kehadiran ke talian 012-527 8684